28 December 2011

Merepek


Takde apa-apa..
Post yang paling membosankan..
hahahaha

25 December 2011

Terkini

Nampak.. semakin berisi... hehehe...perot ok lagi.. hahahaha...
Bertukar wajah sebelum penat.. hhehe... hehehe..
Anak buah yang teramat manja oleh Atok n Neneknya..

Nie pon 2 kali 5 ajer... manja sesangat..
minta apa saya.. confirm dapat..
lagi-lagi.. sewaktu di penghujung bulan..
hahahahaha...


CERITA DISEBALIK KEK INI..


Pada suatu pagi SABTU / 24.12.2011 @ 1000 hrs di sebuah kedai  kek di seksyen 18 Shah Alam... @ Bangunan OLE-OLE.... kedai kek yang amat terkemuka di Malaysia mahupun di luar negara.. boleh menyatakan kek tersebut masih lagi di KILANG... fussshhhh... kakak aku dah beragin semacam... dup dap dup dap.. Majlis Ulangtahun akan di sambut pada jam 1400hrs... kek tiada di kedai.. masih lagi.. di KILANG.. ermmm.. kesian aku tengok petugas kedai pada pagi tadi... mengigil.. ingatkan KEK yang ditempah khas.. tidak siap... huuuuu.... boleh pula dia nyatakan untuk membuat pertukaran kek kosong tanpa ada alasan yang amat munasabah.. ermmm... katanya.. kek tersebut berada di Kilang... dan penghantaran akan dibuat pada jam 1600 hrs... sebab tiada pemandu yang sepatutnya ditugaskan menghantar kek tersebut.. ermmm.. alasan yang kurang jelas.. aku pun terasa juga panas... panas..

Aku dengan tiba-tiba,,, bagi sini nombor telefon pengurus besar kedai kek... hah... terus tak senang duduk.. semua... hahahaha... takut.. yer.. ujian lisan yang amat ikhlas dari otak aku... baru sikit je tuh... hahaha... hampeh tak aku nih...tapi memang ada kesan.. memang sukses..aku okey ja.. nak terus berhubung dengan pengurus besar.. entah macam mana... kek tersebut.. boleh dihantar pada jam 1330hrs.. terpaksa menggunakan kenderaan sendiri... huuuu... so.. kakak aku yang sudah 3 kali membuat tempahan di kedai tersebut selama 3 tahun berturut-turut.. menarik nafas lega... kalau tak.. aku x tau nak cakap apa... kakak aku memang suka melenting, bila apa yang dia dah tempah tiada pada hari yang dituntut.. hehee.. tue saja untuk cerita aku pada kali ini.. Tepat jam yang dinyatakan.. 2 petugas kedai kek tersebut hadir.. ke rumah... dan menghantar... 2 jenis kek yang di tempah khas... huuuu... sila lihat.. pada gambar.. :D

Sekian, terima kasih.

24 December 2011

Selangor Darul Ehsan

Sejak aku pulang ke kampung halaman... walaupun setahun lebih kurang 2 kali.. pelbagai suasana yang aku dapat rasakan... dari perubahan kiri dan kanan jalan... semua tanah yang lapang di kampung halamanku.. semua diteroka dan diberi pembagunan yang pesat.. adakalanya terasa seronok juga bila berjauhan dengan kampung halaman... sebelum ini.. aku sering diperkatakan, yang aku tiada kampung halaman.. so sekarang.. baru aku tahu.. apa itu.. istilah HOHOHO balik kampung... cuti aku pada 2012 akan di susun sebaik mungkin... berkemungkinan pada bulan Syawal sasaran aku pada kali ini... bukan pada 1 Syawal.. tapi 5 atau  7 Syawal.. INSYALLAH.. ada usia... aku akan pulang ke kampung halaman.. dengan wajah yang baru... jeng jeng jeng jeng.. 

29.12.2011 huuu.. penerbangan aku di waktu pagi... ermmm apa kan daya.. tugasan serta tanggungjawab adalah diutamakan... terpaksa meninggalkan ahli keluargaku.. buat beberapa bulan.. atau tahun.. atau bertahun... lamanya... apa-apa pun.. semua yang aku rancang pada masa mendatang sudah pun berjalan seperti mana kemahuan aku... apa yang aku harapkan... gelaran SAYAP BERDARAH tetap menjadi cabaran pada usiaku selagi aku mampu berbuat demikian.. tunggu dan lihat.. 

Pari-Pari Bawah Angin

MEET UNCLE HUSSAIN


Masa..
Memaksa kita
Berpisah bagi sementara
Tak pernah ku pinta


Ada..Kalanya..
Kita mampu merencana
Takdir yang terlaksana
Satu hati di hujung langit


Satu..itu sepuluh
Sejauh bima sakti
Kita yakin kembali
Tinggal..


Tinggal lah oh pari-pari
Usah kau bersedih hati
Ku percaya akan mu..
Tinggal..


Tinggal lah oh pari-pari
Usah kau bersedih hati
Ku akan kembali..
Seksa..


Tersiksa batinnya
Usah lagi kau titiskan air mata
Hati ku terseksa jua..
Penantian..


Benar-benar menyiksakan
Jika ini satu rintangan
Harus kita teruskan..
Satu hati di hujung langit


Satu..itu sepuluh
Sejauh bima sakti
Kita yakin kembali
Tinggal..


Tinggal lah oh pari-pari
Usah kau bersedih hati
Ku percaya akan mu..
Tinggal..


Tinggal lah oh pari-pari
Usah kau bersedih hati
Ku akan kembali..[2x]


lalalalala..
lalalalala..
lalalalala..
ku akan kembali..[2x]

22 December 2011

Pada Suatu Hari Ini







Akhirnya

Cerita ku pada pagi ini, adalah mengenai, seorang kanak-kanak yang aku kenali dari YM pada 5 atau 6 tahun yang sudah berlalu pergi... masa sebegitu pantas..kalau korang tidak percaya.. dari kanak-kanak hinggakan remaja.. aku kenal dak kecik tu... dari internet sahaja... kalau tidak silap umur dak kecik tu.. 12 tahun... aku main add kenalan sahaja dalam ROOM YAHOO... huhuhuhuhu... so.. semalam aku berjumpa dengan dak kecik tu..dia da mula berubah sikit demi sikit... bagus-bagus.. teruskan.. ye.. :D.. tengok muka pun.. sejuk je.. hehehe...

YAHOO MESSENGER- masa kanak-kanak

MYSPACE - masa nak dewasa

FACEBOOK - alam remaja

RESTORAN JALANI - 21/12/2011 - aku berjumpa dengan budak kecik tu akhirnya.. macam tidak percaya... siap belanja makan lagi.. hahaah... terima kasih dak kecik... 

siapakah orangnya.. biarlah rahsia.. terima kasih dik.. sebab ingatkan perkara abang yang tidak sepatutnya abang terlupa.. (-_-).. dik dah macam uztazah.. :D... 

dik memang kelakar.. hahahaha.. x ubah sejak 6 tahun yang lalu.. dari kanak-kanak hingga alam remaja.. sama aje...

hehehe.. :P

21 December 2011

Gembira

Nyum nyum.... 
UDANG HARIMAU dari nun di sana.. 
baru makan 3 ekor sudah terasa kenyang bhaa.. 

Kesalahan Lalu Lintas.. Baca- baca 

Tiada pilihan... Kasut FUTSAL aku yang terbaru
NIKE FIVE..
kaler nie yang aku paling x suka..
ermmm.. terpaksa beli.. sebab
yang nie.. paling sesuai untuk aku.. 

Nasi Goreng Orang Bujang.. hehee.. 
Sukses.. hehehee.. sedap lak tu..
heheehe.. 

Masa untuk berpoyo - poyo
ehehehehe... 

Di Suatu Petang Yang Tenang.. Nun Di Sana 

Bersama anak buah tersayang..
Rambut bau lipas.. hehhee.. 

Wajah kepenatan PAK SU...
hehee..
bersama tukang pijak belakang aku.. 2013 nanti..

13 December 2011

Lirik Lagu Untukmu - Meet Uncle Hussein

Lagu : Lagu Untukmu by Meet Uncle Hussein

Lirik Lagu Untukmu :

Tiada bintang
Dapat menerangkan hati yang telah dicelah
Bagaiku lumpuh tak mampu berdiri
Aku tetap begini
Takkan berubah kerna aku tetap aku
Dan lalu rindumu bukanlah aku

Bahagia kau dan fikiranmu
Berbeza
Kau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu

Apakah aku
Hanya boneka yang sering engkau mainkan
Yang dikawal oleh jari-jarimu
Ku punya hati dan perasaan pernahkah engkau fikirkan
Cukup cukup oh cukuplah

Tak faham tak faham
Tak dapat ku faham
Melayan sikapmu perawan
Berbeza-berbeza
Kau dan aku berbeza
Kita memang tak serupa
Bebaskan bebaskan
Kunci dilepaskan
Kita tidak sehaluan
Cukuplah sudahlah
Sampai di sini saja
Hubungan kita berdua

Lirik Ayah Dan Ibu - Sudirman

Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai...

Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati

Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat

02 December 2011

Tanda - Tanda Penagihan Dadah

Simptom atau tanda yang perlu diberi perhatian. Setengah dari simptom ini boleh berdiri berasingan dan setengahnya pula berkombinasi dengan simptom – simptom yang lain.
Adanya perubahan/merosot kehadiran atau prestasi mutu kerja, hasil kerja dan disiplin di sekolah/tempat kerja.

Marah – marah atau meradang tak tentu sebab.

Turun berat badan, selalu menguap dan tidak bermaya.

Hilang selera makan atau selera bertambah.

Permukaan mata berkaca, cengkung, mata berair dan kuyu.

Apabila bercakap tidak bertentang mata.

Kemerosotan paras rupa dan kebersihan diri, tidak ceria, muka menjadi pucat.

Parut atau bekas suntikan di lengan.

Diri menjadi tidak terurus seperti malas mandi, gosok gigi.

Hujung jari dan kuku berwarna kekuningan atau kemerahan.

Selalu menggaru terutamanya dibahagian hidung dan kelakuan aneh.

Suka memencilkan diri di dalam bilik air, setor, rumah kosong, masuk di dalam semak dan tempat dimana tiada orang.

Tidak mahu makan bersama –sama keluarga dan suka makan di tengah malam berseorangan.

Hilang minat terhadap sukan, muzik dan sebagainya.

Suka menyembunyikan barang-barang persendirian, tidak suka akan pertanyaan dari orang lain, bertanyakan apa yang dilakukan, menjadi seorang pendiam dan kuat berahsia.

Menjadi rajin, agresif, tersengih-sengih atau terlalu gembira secara tiba-tiba.

Suka berkawan dengan orang lain tanpa kebenaran, kerap meminta atau meminjam wang tanpa membayar balik.
Melakukan kegiatan mencuri di sekolah, rumah, tempat kerja, rumah jiran, kawan dan saudara mara.

Suka berbohong, menipu dan berpura-pura berlagak baik atau main wayang.

Menjadi orang yang tidak bertanggungjawab dan selalu menyalahkan orang lain. Hilang tumpuan terhadap 
kerja atau tugasan dan tidak dapat menyudahkan kerja yang diberi (kerja separuh jalan atau kerja tidak pernah siap.

Keluar rumah pada masa tertentu, mungkin untuk berjumpa pengedar.

Meminta wang berlebihan daripada Ibu Bapa.

Mengasingkan diri daripada rakan-rakan dan kegiatan masa lapang.

Berdampingan dengan mereka yang diketahui penagih.


Sekiranya anda melihat perubahan-perubahan yang tiba-tiba ini kepada perangai ahli keluarga atau teman anda yang dikasihi. Perubahan – perubahan ini selalunya mempunyai hubungan dengan penggunaan dadah. Hubungi doktor anda atau pegawai pemulihan dadah untuk mendapatkan kepastian. Jangan sesekali membuat diagnosa anda sendiri!

Berita FIFA.COM