27 November 2009

Yahoo Sesudahnya Ermm PBIM 2009



yahoo dapat ganti orang dalam event PBIM 2009
yahoo dapat pula Bib Full Marathon
yahoo terasa happy bila da selesai 42.195km
yahoo terasa teruja bila nampak garisan penamat
yahoo terasa kuat bila pegang medal penamat
yahoo dapat t-shirt penamat (bukan semua boleh buat)
yahoo daa cipta nama buat kali ke-2 (CAR39)
yahoo dapat menambahkan endurance dan tahap mental aku
yahoo bangga dapat setelkan marathon tanpa latihan khusus

sesudah 30km terasa nak tarik diri pon ada
sesudahnya aku mental bila nampak bukit panjang PBIM2009
sesudahnya kaki aku melecet teruk lepas buat full marathon
sesudahnya cram menjelma
sesudahnya buku lali aku bengkak (tarok ais ler jawab nya)
sesudahnya lutut aku kembali terasa sakit huk huk huk
sesudahnya nak cangkung pon sakit
sesudahnya nak naik tangga pon payah
sesudahnya aku makan banyak tanpa sempadan, bedal aje
sesudahnya tempoh recovery jadi panjang
sesudahnya timing aku lagi teruk
sesudahnya aku menyesal dalam 42.195km
sesudahnya payah nak berjalan bila keesokan hari
sesudahnya aku seksa badan, otot dan jantung beb huhu
sesudahnya sengal-sengal selama 4 hari berturut-turut
sesudahnya aku termenung nasib buku lali (maap yer)
sesudahnya aku tidak akan join full marathon, cukup lah

ermm trainer aku cakap lebih baik jalan dari lari
ermm trainer aku cakap kaki x cukup matang
ermm trainer aku cakap jangan masok lagi 42.195km
ermm trainer aku cakap nak improve kene sukses dlm 21km
ermm trainer aku pesan kalau nak otot rosak, sila teruskan
ermm trainer aku cakap dok diam-diam, hingga pulih
ermm aku keras.. x dapat training seperti biasa
ermm terpaksa lari slow, tapi aku terasa berjalan pon ada
ermm merana, x bley wat speedwork kene rest cukup rasa
ermm takot pace lari bila da join marathon
ermm takot otot rosak bila masa mendatang
ermm kaki aku mengigil bila nampak rakan2 berlari
ermm entah kan bila aku nak try balik marathon
ermm kene menanti hari untuk buat latihan keras
ermm lepas nie hanya 25km dan kebawah sesuai untuk aku
ermm cukup sampai disini sahaja bagi edisi 42.195km
ermm bila sudah ready, baru aku join balik FULL MARATHON

semua event untuk bulan 12 aku gantung dahulu, ini kerana nak kasi pulih sepenuhnya. lebih baik aku berehat dari meneruskan aktiviti long distance, mencegah lebih baik dari menyeksa. hehehe kepada rakan2 cap ayam bermula pada Januari 2010 aku akan kembali membakar jalan raya.. so aku kene rest secukup-cukup rasa... da cukup rest.. bermula latihan SULIT.. harap2 dapat berjaya..!!! Menanti kehadiran JANUARI 2010

yang benar,
ayamJunior39


Selamat Hari Raya Aidiladha
Kepada Rakan-Rakan C.A.R's
Semoga Bertemu Kembali
Minta Maap Kalau Ada Salah Silap

26 November 2009

RACE RACE RACE RACE

Kelab Penembak Bandar Diraja Klang 15km Run 2010
Date: 10th January 2010
Venue: Kelab Penembak Bandar Diraja Klang
Distance: 15km
Registration Fees: Rm35 for Public
Rm45 for Public to experience Real Gun Shooting (10am-7pm)
Inc: 4 shots for SHOTGUN, 5 shots for 9MM HANDGUN, SPECIAL DESIGN CAP)
Finishing Medals and Certficate: Yes
Closing Date: 26th December 2009 or first 600 entries


XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

One Mile Dash : New Year Bash
Date : 31st December 2009

RM15 for adult & RM7 for children under 18 years old.

Rm1.00 of your registration fees will be donated to the OLD FOLKS HOME in Kuala KubuBharu.

Medal: Refer to the categories.schedule

Online Registration: http://www.hooha.asia/

Closing Date; 20th December 2009

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Pacesetters 30km 2010

Events : Pacesetters 30km 2010
Date : 17 January 2010 (Sunday)
Venue : Kompleks Kolam Renang Awam, Presint 6 Putrajaya
Time : 5.30 am

Website : http://www.pacesetters.com.my/

-

24 November 2009

42.195km Buat Kali Kedua.. Fuhhhhh

Kalau nak di ikutkan.. aku bukan nya pelari yang berdaftar untuk event kali nie (PBIM2009). Sebelum tepat jam 2.30 pagi.. aku ingatkan nak berlari sejauh 21km secara haram bersama-sama Mr Kamarul dan nak ambik gambar-gambar menarik jer sepanjang laluan evetn PBIM tue.. tapi semasa aku tengah dok usha-usha member.. ternampak ler Mr Hamidon Mat Aris... di sini bermula segala-galanya... dia yang telah memberi tawaran terbaik untuk aku kali nie.. apa dia.. jeng jeng jeng.. member beliau iaitu Hamidon Bin Sabino telah berdaftar bagi acara Men Open 42.195km PBIM2009.. malangnya beliau tidak dapat hadir ke event tersebut.. maybe ada masalah yang tidak dapat di elakkan.. so aku dengan rela hati.. menyahut cabaran Marathon kali ke-2 dalam tempoh 6 bulan... atas dasar mengantikan tempat Hamidon Bin Sabino..
-
Dengan semangat dan kekerasan hati yang aku ada.. gagah kan kaki untuk menyertai FULL MARATHON tanpa membuat persediaan awal... latihan memang xda.. hahahaha... main gilo.. geng shah alam runners daa beri amaran keras kat aku.. supaya jangan gasak kaki untuk join 42.195km.. lagipon masa tue.. ankle dan lutut dalam proses pemulihan selepas terasa pedih pada event NB12km 2009 yang lalu.. so amaran tersebut aku tak peduli.. aku cakap.. kita kene uji mitos.. tanpa latihan 42.195km aku bley jua sampai ke garisan penamat.. dalam hati TIADA YANG MUSTAHIL... aku mampu buat.. sakit ke.. pengsan ker.. aku nak juga gasak badan... hati mau kuat...heheheeheh... rasa risau ada ler juga.. dah la makan burger Big Mac Mc'd jer pada malam tue... perhhhh sodap beb..
-
Setelah keputusan di buat.. aku tetap jua mencoba 42.195km.. saat 2.30 pagi di tunggu ... dalam otak aku.. boleh ke aku buat nie.. ahahaah... risau beb.. seram sejuk pon ada.. masa permulaan aku memang slow n rilek jer.. ada yang speed macam 200 meter.. huhuh.. tekan turbo awal...huhh.. hebat-hebat...aku just ikot pace Mr Zulazlan.. tidak lama kemudian.. Mr Zulazlan meminta aku berlari dahulu kerana ada hal yang x bley d elakkan... apa dia.. aku xkan bagi tau... heheehe.. biar pecah di perut.. jangan pecah di mulut... so aku terus tenang belari.. dan tidak lama kemudian Mr Kenny dari pacemaker pintas aku.. kali nie.. aku cuba ikot pace dia.. setiba di permulaan jambatan.. aku da mula terpasang turbo sikit.. hehee..
-
Lari dan terus berlari.. pada awal dan di pertengahan jambatan Pulau Pinang aku masih lagi mampu membuka langkah... yeh yeh yeh.. syok jer rasa.. dengan keadaan yang agak berangin terasa juga berat sikit.. setiba nya d pertengahan jambatan semasa menghala kembali ke pulau... hehehe.. masa tu.. mental aku da mula slow down.. kaki da x bley blah.. sakit dan melecet..hanya mampu daki separuh bukit.. lebih tu aku berjalan sehingga laa ke pulau dan berlari-lari anak sahaja, x bley nk tolak lagi.. yang ada mental dan semangat ... nasib baik ada teman.. Mr Hailmi dan Mr Zaki.. depa berdua memang sahabat seperjuangan dalam menghabiskan siri PBIM2009 bersama-sama aku... punya la seksa aku kali nie.. kaki da abis rosak.. untuk menghabiskan 10km terakhir memang azab.. tapi pengalaman xkan di lupakan.. tu yang penting.. ingtkan nak cuba pecahkan timing KL Marathon lepas.. tapi kementalan yang melampau aku x mampu buat... hanya menanti ke garisan penamat sahaja.. akhir sekali.. smpai jua ke garisan penamat.. Aku dan Mr Hailmi dan Mr Zaki.. bersama-sama melintasi garisan penamat PBIM2009 sebagai seorang PELARI 42.195km.. Yaaaahhhooooooo SUKSESSSSSS... tanpa latihan aku mampu buat sejauh 42.195km.. terharu beb.. medal pon cantik... Tima Kasih berbanyak pada EN HAMIDON MAT ARIS kerana memberi keizinan memakai BIB EN HAMIDON SABINO kepada aku... sehari selepas tue.. korang semua faham-faham ler rasa selepas sehari marathon.. erkkk semua terasa sengal tambahan siap bengkak lagi.. apa-apa pon.. BERJAYA...!!
-
Akhir kata... tiada yang mustahil

Penang International Marathon

Acara : Penang Brigde International Marathon
Bila : 22 November 2009
Dimana : Queensbay Mall, Pulau Pinang
Masa Mula : 2.30 am
Kategori : Lelaki Terbuka
Jarak : 42.195km
Catatan Masa : 05'13'45
Kedudukan : 167/293
Kasut : Adidas Supernova Cushion 7
Komen : Lalauan memang KERAS


nantikan cerita d sebalik PBIM2009.... tungguuuuuu


Koleksi Medal Marathon No.2 walupon tanpa latihan 42.195km
betul kata orang.. tiada yang mustahil


17 November 2009

Mari Sertai Kami

Hahaha Hahah Haha..
sekali tengok memang lawak...
kuat betol ayam tue bikin anak..
belasah tongkat ali ke ape..?
SELAMAT DATANG KE DUNIA REBAN
SEMUA ACARA SEMUA TEMPAT MESTI ADA GENG REBAN
gambar di atas telah dihantar oleh EN FADZLI CHENKO
beliau meminta aku untuk mempromosi kelab CHAP AYAM RUNNERS
kepada yang tiada geng mahupun sahabat runners
sila lihat blog rasmi
SELAMAT MAJU JAYA..

AKSI RUN 4 IT 12KM @ KLANG

GAYA MR KAMARUL

TAK SABAR-SABAR TEKAN TURBO
TAKDE ANCAMAN DARI BELAKANG
TENANG DAN RILEK SAHAJA
CHAP AYAM RUNNERS BERGEGAR SEKALI LAGI
SEBELUM BERAKSI AKU DAN ZALI (t-shirt putih)
WARM UP SECUKUP RASA
LAN--ZALI--AyamJR
NASIB BAIK KULIT AKU X GELAP SANGAT
MENUJU KE GARISAN PENAMAT
FUTURE POWERMAN CHAMPION
HAHAAHAHA

16 November 2009

Laporan New Balance 12KM Klang



Acara : NEW BALANCE RUN 4 IT 12KM
Bila : 15-11-2009
Dimana : PADANG SULTAN SULAIMAN KLANG
Masa Mula : 07.00 am
Kategori : Lelaki Terbuka
Jarak : 12km
Catatan Masa : 00'53'40
Kedudukan : 22
Kasut : Adidas Ozweego 365

CERITA NB 12km KLANG

Latihan untuk acara kali ini hanyalah 3 hari sahaja.. tapi memang keras.. speedwork selama 2 hari dan long distance sehari.. kualiti badan serta mental dalam keadaan baik.. kepala lutut juga baik... kecuali ankle.. ermmm terasa pedih apabila pace aku terasa laju... apa yang boleh di buat.. hanya menahan sahaja.. Masa yang aku cuba buat adalah di bawah 50 minit.. akan tetapi angka 53'40 menjadi milik aku secara rasmi.. Fuhh keciwa bertambah-tambah lagi.. sudah laa kene sayur dengan PM1.. x dapat follow Unlce Alam.. ermmmm mission failed buat berkali-kali.. huhuhuhuhuhuhu akhir kata, aku terpaksa kerah latihan untuk cabaran yang akan datang...
-
Dengan berakhirya NB12km.. aku sudah plan, nak ambik cuti rehat dari arena Long Distance.. pertengahan bulan 12 baru aku naik gila balik... nak repair kerosakan mesin.. cukuplah setahun lebih aku gasak badan dalam acara jarak jauh.. so masa berehat kene ada.. latihan akan di buat seperti biasa.. kepada GENG TASIK SHAH ALAM.. borang AdiNation of Runners Adidas akan di edarkan pada petang 16-11-2009 hari Isnin.. jangan risau.. penyertaan adalah percuma..

13 November 2009

ARE YOU RUNNING PROPERLY?



Poor running technique can lead to unnecessary injury risks if they are not picked up early.

Many recreational runners are placing undue strain on their bodies, as well as compromising their speed, by using the wrong technique.

Conditioning coach Mike Antoniades has developed a unique methodology for teaching the correct and most efficient running technique to athletes and recreational users of all levels.

The application of Biomechanical, Gait and Movement Analysis and video documentation helps him to identify any weaknesses and the underlying causes for abnormalities in running, walking, sprinting and motor control.

Mike Antoniades
Speed, conditioning & rehabilitation coach

Whether you run to keep fit, compete at the Olympics or participate at any level in a multidirectional ball sport you can always improve your running and sprinting technique.

Running well and running fast is a skill, not something you were born with. And just like any other skill it can be taught.



Are you running efficiently?
Some of the most obvious weaknesses I see in runners and joggers are:

1. Bouncing up and down too much
2. Over striding
3. Not using their hamstrings enough
4. Landing on feet too heavily5. Breaking action on landing
6. Not using arms
7. Twist midriff side to side while running
8. The head and upper body are bent forward
9. Jogging slower than you could walk!

Most joggers and runners are biomechanically inefficient because their running technique is poor. They don't use the necessary body parts efficiently so when they are supposed to be enjoying themselves they are instead suffering pain.



THE SCIENCE
So how can you run faster, more efficiently and avoid injury?

The nervous, muscular, skeletal and cardiovascular systems of our body are all involved when we run.

They all combine to create the neuromuscular and neuromechanical systems.

We can improve the biomechanical movements for runners by teaching the body and the mind the correct motor patterns.

When you want to change a movement in your body it needs to be stored in your muscle memory so you can repeat without thinking, particularly when you are tired.

When you perform a motion the body sends messages to the brain in a certain sequence.

To create a permanent map in your brain and nervous system you need to repeat this motion many times until it is ingrained in your muscles and your brain.

1. The primary objective of motor learning is to train the Movement rather than the Muscle.

2. Once we have taught the movement then improving the athletic performance of a runner is imperative in the pursuit of excellence and in injury prevention.

3. The neuromuscular system then has to be stimulated to recruit and contract motor units simultaneously and to increase the strength of the contraction.
.
CORRECTING YOUR TECHNIQUE
.
Although this may be hard to pick-up off the written page I will explain what changes you may need to make to your current running style.

All accomplished and elite runners run on the balls of their feet.

The foot should strike the surface with the ball of the foot, in a dorsiflexed position (with toes pointing forward not downwards) otherwise this creates a" breaking" motion.

The heel doesn't touch the ground.

The foot on landing on the surface should be "light" not heavy, it then "grips and scrapes" the surface.

The knee is slightly bent on contact with the surface and the foot lands below the centre of gravity - just below the hips.

Think of your leg working in a circular motion from the hip joint.

This brings the heel of the foot behind the body. The hamstrings and gluteus maximus (backside muscles) play a very big part in this movement

Do you jog or run?

- Mike's definition of jogging is simple: If you are "moving" slower than 6 miles per hour you are jogging, and quite frankly you would be better off walking!

- Walking at 4 mph or faster is biomechanically more efficient and far more beneficial to you than "jogging" slowly!
- When we walk fast we tend to use our legs and our arms together and this burns more calories, plus jogging or running put far more potentially damaging forces through our hip, knee and ankle joints.
.
The thigh moves forward with the action of the quads and hip-flexors, the leg is extended and the foot drops again, landing on the ball of the foot as above.

We call this cycling the leg!

The hips and waist should be steady without a lot of side to side movement.

The back should be straight and relaxed, not bent at the waist.

The shoulders should be relaxed, The arms should be bent at approximately 90 degrees and the motion should be from the shoulder not the forearms.

As the arm moves back it should continue to stay in 90 degree flexion.

The hands should be held with the palm facing inwards not down. If you prefer to hold your hands in a fist, the thumb should rest on the forefinger.

The head should be up with your eyes looking ahead not down.

Try not to think about the movement too much. Instead try to feel the cycling motion, and visualise it in your mind while you're running. You will know when you have got it right, you will be able you feel it.

11 November 2009

LAPORAN DEMI LAPORAN

Latihan NB12km KLANG 2009 (Hari Kedua)

3.7km (00:17:27) + (00:13:00) slow jog...

100 meter x 5 set + Sit Up (20 x setiap 1 set selesai) = set1 (00'11) set2 (00'11) set3 (00'12) set4 (00'12) set5 (00'12)

Latihan bersama jurulatih peribadi.. memang kaw-kaw kene buat... Huh.. letih jangan cakap... tangkap kepala beb... pe yang penting.. aku da merasa batuk angin.. muntah angin tu macam mana... nak hasilkan mesin terbaik.. aku terpaksa bergadai sakit dan letih... Hehehehe ok.. sekian..

Tahniah The RockeTMaN





NO.1....!!
Dari kiri The RockeTMan (Mr Amran)
Tahniah kerana berjaya menaiki podium...
Di Arena Powerman Malaysia 2009 baru-baru nie..
Fuhhhhh... Caya sama lu coach...!!
Bleh supply sateyyyy...!!!
Tengah Masyukkk Tueeee...!!!
Hahahahaah

MASALAH MASALAH MASALAH

Kepada rakan-rakan yang mengenali dan mengetahui no telephone aku...
Pertolongan anda amat di perlukan buat masa ini...
Tolong hantar pesanan khidmat ringkas kepada aku..
Sertakan nama sekali... dan tempat tinggal korang semua...

Untuk memudahkan aku menyusun nama-nama dalam Contact List..
Sebabnya..
Telepon bimbit aku telah di formatkan balik..
So secara automatik.. ramai nombor kenalan terdelete secara kekal...
Lupa nak save di dalam SIM KAD...
Adoihai... kene setting balik...

yang benar,
ayamJr CAR 39
-
Latihan NB12km (Hari Pertama) 10-11-2009
3.7km (00:17:12) huh kali pertama dalam 5 hari berehat penuh
100 meter x 9 = set1 (00'11) set2 (00'12) set3 (00'13) set 4 (00'13) set 5 (00'15) set6 (00'16) set7 (00'13) set8 (00'13) set9 (00'13)

10 November 2009

Lawak & Gelak Ketawa

GUA AJAIB

Pada satu hari Bedah dan bapanya datang ke Kuala Lumpur dan pergi ke shopping mall... Anak beranak nie baru first time datang Kuala Lumpur, sebelum nie asyik dok memerap kat kampung...
Jalan punya jalan, akhirnya Bedah terpandang lif, lalu dia pun tanyalah bapak dia....
" Pak, itu amenda pak?"
Bapak menjawab," Entah lah nak....bapak pun baru kali ini nampak menatang tuh...."
Tak lama lepas tu seorang nyonya tua terbongkok-bongkok, tergigil-tergigil pergi ke dinding dan menekan butang lif tersebut.....lif pun terbuka lalu nyonya masuk ke dalam lif dan lif tertutup.....tidak lama kemudian lif terbuka...TINGGGG!!!!!
Keluarlah seorang amoi yang punyalah cun cam SHANIA TWAIN...
lantas berkatalah bapak si bedah kepada Bedah...

"NAK! KAU PERGI AMBIK EMAK KAMU BAWAK KEMARI,
KITA MASUKKAN DIA DALAM GUA AJAIB NIH....CEPAT


TOKEY KEDAI

Satu hari... sebuah gedung mengadakan jualan murah.. berpusu-pusu orang ramai ingin memasuki gedung tersebut... sehingga ada yang beratur seawal2nya... walaupun gedung tersebut dibuka pada waktu 8.30pg.

Seorang lelaki dengan selambanya berjalan menuju ke depan... malangnya sebelum sempat sampai... tiba-tiba seorang lelaki didepannya menolaknya kebelakang sambil memarahi...

"woi..tak nampak ke orang !! jerkahnya..

"Sedap..Sedap jer nak potong line orang.. "...

Lelaki tersebut bangun semula..dan cuba menuju kedepan semula.. malangnya dia ditumbuk sehingga terjatuh... setelah beberapa kali mencuba utk kebarisan depan... tapi tak berjaya... akhirnya dengan nada marah.. dia berkata...

"Ahhhhh kalau kali nie aku tak dapat gak kedepan sana... jangan harap aku nak bukakan kedai tu..!!"

Laaaaaaaaaa... Tokey kedai rupanyer... hehehe
kesian dia kan????

DALAM KELAS 1

Che'gu Nasyor sedang mengajar Bahasa Melayu dalam kelas 1 Mawar...
Che'gu :Man, boleh kamu buat ayat dengan menggunakan perkataan tepong?
Man :Itu senang saja cikgu.. ayatnya ialah.... emak sedang membuat kek di dapur.
Che'gu :Mana tepungnya??
Man :Tepong kan ke dalam kek tu.... Che'gu nie tak sekolah ke hape??


DALAM KELAS 2

Seperti biasa, Che'gu Nasyor nie mengajar pelajar di Sekolah Agama. Che'gu Nasyor mengajar budak tahun satu. Pada hari tersebut, beliau mengajar bab "cara berwudhuk" Selepas mengajar, beliau (Che'gu) selalu meminta muridnya bertanyakan soalan jika terdapat kemusykilan.
Che'gu : Ada sesiapa hendak bertanyakan soalan?

Tiba² seorang anak muridnye mengangkat tangan, nama murid tu adalah Man Tapah.

Man : Ada Che'gu. saya ada satu kemusykilan. Boleh tak kita ambil wudhuk dua kali?
Che'gu : Boleh, tapi kenapa sampai dua kali ambil wudhuk?
Man : Saya ambil dua kali sebab kalau saya terkentut, wudhuk lagi satu tu boleh buat spare part!

Che'gu : Allahhuakbarr!!!


WAD

Ada sorang makcik kelantan nih, dia mai HKL nak carik sedara dia eksiden. Sampai kat HKL dia tanya la sorang nurse kat situ...dalam loghat kelantan la.
"nak tupe tanyo, mana dio wad kecemase"
Nurse tu selamba jer jawab...
"wad kencing masam takde....wad kencing manis ader la"..



HAHAAHAHA... STORY NIE HANYA REKAAN SEMATA-MATA
SEKADAR HIBURAN BERSAMA...
TIADA KAITAN DENGAN MANA-MANA PIHAK..
SEKIAN...!!!

09 November 2009

FARTLEK FARTLEK NB12km 2009

Tik Tik Tik seminggu sudah pun berlalu.. latihan kali ini hanya ala kadar sahaja.. tetapi keras... hehe macam mana agak-agak tue... dengan latihan fatlek yang aku amalkan.. target aku untuk menambah pace aku ke tahap lebih baik.. STRENGTH ADALAH SASARAN AKU KALI INI.. NB12km laluan agak rata... so aku boleh menguji lari sejauh mana latihan FATLEK yang aku buat selama seminggu... ADAKAH BERKESAN..??? (YA/TIDAK) Tunggu keputusan NB12km2009 KLANG..
-
PETIKAN DARI ARTIKEL OLAHRAGA..(main rembat je)
....Pertama latihan fartlek, yakni latihan untuk meningkatkan daya tahan (endurance) dan daya tahan kekuatan (strength endurance). Lalu latihan interval, yakni latihan selang istirahat (lari cepat diselingi dengan joging atau jalan cepat).......

The Definition of Fartlek (VERSI MAT SALLEH)
Derived from the Swedish term that means ‘Speed Play’, fartlek can provide an excellent endurance and strength session, as well as help improve your speed and race awareness. Fart=speed and lek=play

The use of 'fartlek' came about to provide a less structured approach to that of interval training. Its origins and use were developed in the 1930's. Whereas, in interval training the structure prescribes a given distance run in a given time with a given rest, fartlek's approach is to have you run at a given time, 2 minutes for example over undulating terrain or flat wherever your run may take you. The effort prescribed can be at 10k race pace to whatever speed you wish to make your effort. The rest in-between is normally at an easy pace to allow recovery before the next effort.

The intensity, duration and terrain is determined by the runner. Fartlek can be used on all terrains, even on a track surface.

The session is known to stress both the aerobic and anaerobic energy pathways. Fartlek has grown into a popular method of training used by runners to provide an enjoyable and constructive alternative to simply pounding the streets with no purpose and plan.
Fartlek - speed play, is essentially a training session that comprises some speed [effort] change and at the same time as enjoying the session. It is similar but unlike interval training. Interval training is more disciplined and precise in it's training goal. Fartlek is not as demanding and can be incorporated to suit one's needs. http://www.time-to-run.com/
Bersama-sama kita berkongsi idea..!!!

06 November 2009

Bergelak Ketawa & Uji Minda

INI SOALAN NYA............!!!!!!!!
JAWAB jangan x jawab.............!!!!!!!!
Nota : Tiada ganjaran medal, hadiah, wang tunai..!!!!
Hanya sekadar SUKA-SUKA SAHAJA...!!!!
Jeng Jeng Jeng Jengggggg..................!!!!!!!!!

Soalan 1 : Apa dia ayam di luar, ikan di dalam?

Soalan 2 : Klau semua binatang jadi ikan, ikan jadi apa?

Soalan 3 : Lembu apakah yang selalu dicari?

Soalan 4 : Bom apakah yang tak pernah meletup?

Soalan 5 : Kereta apa yang orang tak pernah panggil kereta?

Soalan 6 : Gajah lalu titi patah, lepas tu kambing pula lalu. Apa yang patah pulak?

Soalan 7 : Lima pasang stokin direndam di dalam laut merah. Setiap pasang stokin itu berwarna putih, hijau, biru, kuning dan hitam. Apa akan terjadi kepada semua stokin?

Soalan 8 :Dalam banyak-banyak cecair, cecair apakah yang akan menjadi beku apabila dipanaskan?

Soalan 9 : Apabila ditarik yang diatas gembira dan yang dibawah merana. Apakah ia?

Soalan 10 : Bila loceng bas ditekan, bas akan berhenti. Apa yang akan turun dahulu?

Soalan 11 : Apa beza jatuh pokok kelapa dengan jatuh perigi?

Soalan 12 : Lampu apa yang kalau dipecahkan keluar orangnya?

Soalan 13 : Mengapa guru sejarah selalu botak di bahagian belakang kepala, sedangkan professor dibahagian depan?

Soalan 14 : Apakah benar kita bakal sial jika jumpa dengan kucing hitam?

Soalan 15 : Kalau manusia panjat pokok nampak bukit, kalau kura-kura panjat pokok nampak apa?

Soalan 16 : Bila makan pisang, buang kulit, tapi kalau makan kulit, buang apa?

Soalan 17 : Ada seorang wanita yang sarat mengandung dan nak bersalin, lalu suaminya dia bawa isteri itu ke hospital. Dia melalui ladang kopi dan lombong timah. Lepas anak dia dilahirkan, dinamakan Fatimah. Kenapa?

Soalan 18 : Mula-mula aku buka baju, lepas tu aku sapu bedak setelah disapu aku pon terjun tasik lalu aku mandi setelah selesai mandi, aku pon naik dari tasik. Siapakah aku?

Soalan 19 : Haiwan apakah perutnya di kepala, kakinay dikepala, bahkan mata dan mulutnya juga dikepala?

Soalan 20 : Haiwan apakah yang paling kurang ajar?

Soalan 21 : Kenapa pokok kayu balak di depan rumah Pok Cik Lebai ditebang?

Soalan 22 : Ia sejenis benda, nampak macam jalan tetapi ia tidak pula berjalan, kalau ditengok betul-betul.... memang sah ia jalan!!!

Soalan 23 : Apa benda jatuh kebawah tapi orang tercari-cari diatas?
-
Kesemua jawapan bagi soalan-soalan berikut boleh di hantar pada kotak komen.....
-
Jangan lupa hantar bersama-sama dengan link anda.. ini kerana pihak kami tidak akan mengalami kesukaran untuk menghantar jawapan terus-menerus kepada anda... tanpa caj... hehehehee
-
Sekiranya ada sebarang masalah.. boleh menghubungi pihak kami di laman borak-borak...
-
OK Sekian,
-
SELAMAT MENCOBA DAN BERGELAK KETAWA


04 November 2009

JOM BELASAH COKELAT CADBURY



Kepada sesiapa di sini hantu cokelat..
Boleh menghadirkan diri di sesi Jualan Gudang Cadbury..
Info boleh dilihat pada gambar tersebut..
Sekian.!

Berita FIFA.COM