11 January 2010

Adidas AdiZero Aegis

ADIDAS ADIZERO AEGIS 2010
Kasut permulaan pada Tahun 2010, kini kaki aku telah dikuasakan dengan Adizero Aegis (stok berlumba / merempit / pecutan / pertandingan sahaja). Nak bikin pace xde hal ler pasni, ujian sudah dibuat, so kasut nie memang ada kelebihan, dari segi tahap ringan, kelembutan pada fabrik, selesa dengan gaya aku berlari. So aku nak lari secara berlipat kaki pon bley, konon-konon macam kenya.. hahhaahha tak sabar-sabar menanti event pertama aku...

04 January 2010

Lokasi Latihan Sulit

Dari kawasan ini, aku mendapat kuasa kuda pada tahun 2009

Jarak lebih kurang 350 meter, mendaki

Lokasi korang kene cari sendiri, Heheheh..

Jom test power Kuasa Kuda korang.. adakah mampu / K.O

Hanya memerlukan tenaga lain dari yang lain sahaja

Mau Bikin Turbo

Acara = UJI LARI KUASA KUDA KALI KEDUA

Tarikh = 4-01-2010 (ISNIN)

Masa Ujian = 6.00 Petang

Jarak = 11km

Masa = 00:46:35

Komen = Setibanya di tempat keramat, nampak ler pula kelibat Master aku , iaitu Mr Amran... secara tidak langsung latihan yang aku harapkan ringan telah bertukar kepada Uji Lari Kuasa Kuda.. Walaupun keadaan badan dalam 70% cergas.. disebabkan sehari sebelum tu, (hari Ahad petang) aku telah membuat long run selama sejam lebih... cari endurance balik.. so tiba lak hari Isnin petang, Master lak turun.. hehehe faham-faham ler.. klau Master dah ajak.. takkan nak ditolak, huh.. dalam kepala.. mampus aku sat lagi nie.. kene tekan kaw-kaw... hehehehe.. sesi pemanas badan sudah selesai so aku terus bersama-sama Master bagi meningkatkan cara terbaik untuk berlari selaju yang mungkin... langkah dibuka.. agak kelepet ler juga kaki aku.. kadar pernafasan dikawal secara rapi.. kekuatan kaki aku cuba tahan selama yang mungkin... 2 bukit-bukau yang dikatakan bleh tahan tinggi nya.. aku try tekan kaw-kaw... tapi yang utama aku dapat tapau Master aku dalam beberapa saat.. heehe On Turbo... dah macam kijang aku berlari... syok juga kalau dapat bertahan dalam beberapa minit.. malangnya.. hanya beberapa puluh saat sahaja.. lepas tu.. bila Master da buka langkah.. so bye bye ler. aku.... hahahaah... terus x nampak kelibat.. bau pun xda.. Secara keseluruhan aku berasa puas hati... pace aku yang telah hilang telah aku dapat kembali.. tinggal kekuatan kaki serta otot yang aku kene touch up lagi.. jadual pemulihan kali ini amat singkat.. x percaya aku.. baru hari pertama.. da okey.. Yahoooooooo.. kepada rakan-rakan Chap Ayam Runners.. tunggu kemunculan aku nanti.. Tahun Baru Pace Baru.... yeahhhhhhhhhhh....

03 January 2010

Laporan Semasa CAR39

Acara = Sesi Pemulihan ( Uji Lari Kuasa Kuda )
Tarikh = Ahad ( 3-1-2010 )
Waktu = 8.oo am
Jarak = 5 km
Masa = 00:25:38 minit
Komen = Setelah beberapa kali latihan separa ringan yang aku buat, akhirnya aku mencuba menguji lari kuasa kuda selama 5km sahaja. Laluan yang aku buat adalah mengikut jalan Adidas King Of The Road pada tahun 2008. Catatan masa aku agak tersasar kepada 5 minint buat ujian kali pertama, walaupun sasaran aku adalah 20 minit bagi 5km... (pace kekal, tiada on turbo) so latihan keras akan disusuli selepas ujian pertama... hahahah aktiviti seperti dahulu akan dilaksana pada petang AHAD 3-1-2009... sasaran pace 1km = 3.30minit........ bagi tahun 2010.

01 January 2010

LATIHAN 01.01.2010 BERMULA

Back To Basic ( Latihan Separa Ringan )
-
Taman Tasik Shah Alam
3.8 km (20 minit) & Slow Jog (7 minit)
-
Padang Dataran Shah Alam 2
80 meter pecut + sit up (20 kali) x 5 set
-
-
Setelah selesai aktiviti sprint dalam 80 meter baru aku tahu apa yang telah hilang, selepas berehat selama 1 bulan lebih, so hanya endurance sahaja yang aku kene touch up, di sebabkan kehilangan ketahanan tubuh badan aku mampu membuat sebanyak 5 kali sahaja, itu pun nafas dah tak seberapa betul, rasa nak pitam pon ada, tempoh latihan adalah sebulan untuk mencari kembali apa yang telah hilang. Bagi pace aku, tiada masalah, masih lagi kekal seperti biasa, bley tekan kaw-kaw xda masalah kalau nak main 100 meter, hahaahah. Ada 2 minggu untuk aku memperbaiki tahap ketahanan, kecergasan, mental dan badan sebelum ujian 10 km akan di buat selepas selesai segala aktiviti "back to basic". Sasaran 10 km adalah di bawah 40 minint.. So tunggu dan lihat laporan yang akan diberitahu kelak... yeahhhhh x sabar-sabar nak henjut... Sekian kisah, daripada latihan yang x seberapa keras pada 01-01-2009....

Berita FIFA.COM