23 June 2012

Lirik Anak Soleh - Rabbani


Kenangi ibu bapa
Doakanlah sejahtera
Kita anak harus membela
Apabila sudah dewasa

Jangan biarkan mereka
Sia-sia di hari tua
Kecewa hidup dan merana
Kerna perbuatan anak derhaka

Bahgiakan mereka
Hingga ke hujung usia
Bila sampai waktu ajalnya
Anak soleh sebagai harta

Hai... Ibu bapa
Kami permata anda
Tidak jemu berdoa
Agar sejahtera terpelihara

Di dunia bahagia
Akhirat pun begitu jua
Inilah harapan kami semua
Moga Allah kabulkan doa

22 June 2012

Aku dan Dia "Z.z"

SELAMAT PETANG KAWAN-KAWAN... KURSUS PANJANG LAGI.. SHIOK PERGI KURSUS NIE.. MACAM-MACAM PENGALAMAN YANG AKU BAWA.. DEMI MELAKSANAKAN KERJA-KERJA AKU SEBAGAI TUKANG SAPU SAMPAH... HEHEHE.. SELEPAS BERBULAN-BULAN... CEWAHH.. PADAHAL BARU 4 MINGGU + 1 MINGGU JER.. AGAK-AGAK KORANG RASA BAPE MINGGU YER.. DALAM MINGGU INI "22.06.2012" AKU TERASA AMAT KEPENATAN.. MAYBE AKU SUDAH BERUSIA KOT.. HUHU.. HABIS AJE KURSUS PANJANG LEBAR.. TERUS AKU DIPANGGIL UNTUK BERMAIN BOLA SEPAK.. ADOI.. PENING KEPALA DIBUATNYA.. FITNESS SUDAH LA ZERO... :D.. HABIS 2 HARI AKU BELASAH BOLA.. PERLAWAN PERTAMA.. AKU SUDAH HAMPIR KELABU ASAP.. NAMPAK BINTANG.. SEBAB KENA REMPUH DENGAN PIHAK MUSUH..X PERNAH-PERNAH AKU MENGALAMINYA.. HEHEE.. HAMPIR PITAM OOOOO... (X_x)... 


KEPENATAN KURSUS + KURANG SIHAT + DEMAM + KURANG REHAT = HAMPIR PITAM.. NASIB BAIK LA.. AKU MENGENALI SESEORANG YANG BERADA NUN JAUH DISANA.. PEMBAKAR SEMANGAT.. HEHEE.. TERIMA KASIH "CIK Z.Z" TU JE LER.. SIAPA DIA.. TUNGGU LAH.. YER.. HAHAHA..  

GAMBAR TERAKHIR SEBELUM PASUKAN AKU TEWAS 1 - 5 KEPADA PIHAK LAWAN..
HEHEHEHEHE

INILAH SAHAJA DARI AKU SETELAH SEKIAN LAMA MENYEPI DARI ARENA BLOGSPOT
SEKIAN TERIMA KASIH..


18 June 2012

Kembali bercerita

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia kepada kawan-kawan dan para sahabat yang teman kenali daripada Semenanjung TANAH AIRku dari Utara, Selatan, Timur, Barat, Sarawak, Sabah, Indonesia, Filipina serta China sekian lama aku tidak bercerita sejak kebelakangan ini disebabkan kemalasan yang melampaui batas. huhuhuhu.

MARI MENGEJAR CITA-CITA.... huhu.. 




KOMUNIS - satu peristiwa dalam lipatan SEJARAH PERWIRA NEGARA

Aku tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara ini, cukup sekadar memberi peringatan dan berhati-hati dalam satu tindakan yang mungkin menghidupkan kembali semangat KOMUNIS di negara MALASYIA dengan cara tersembunyi. Pada kasarnya memang nampak kosong tetapi, secara halusnya ianya ternyata wujud di abad ke 2012 ini. 

Kita sedia maklum, KOMUNIS merupakan ancaman utama terhadap keselamatan negara pada suatu masa dahulu. walaupun pergerakan KOMUNIS telah berjaya dilemahkan, namun meraka tetap berazam akan terus bangkit kembali dan meneruskan perjuangan secara perang saraf di dalam kalangan rakyat di negara ini melalui saluran-saluran tertentu.

SATRIA PEMBELA BANGSA

MESKIPUN NAMAMU TIDAK DIJULANG
JASAMU TIDAK DIKENANG
NAMUN KAU TAK PERNAH GUSAR
DIRIMU TIDAK DITATANG
KERANA PERJUANGANMU PENUH KERELAAN
PENGORBANANMU BERPAKSI KEIKHLASAN
DALAM MENEGAKKAN KEDAULATAN
DI BUMI WARISAN

tapi
PERCAYALAH
MASANYA KAN TIBA NANTI
KEHILANGANMU AKAN DIRASAI
BAKTIMU AKAN DIKENANG
SEBAGAI SATRIA PEMBELA NUSA
MENJADI TUGU DI PERSADA BANGSA

shamsudin Puteh
1 NOVEMBER 2012

22 April 2012

Yahooo


(^_^)

"MARKSMAN SASARAN KU"

Peringatan Bersama

Melayu mudah lupa Melayu mudah lupa Melayu mudah lupa Dulu bangsanya dipijak Melayu mudah lupa Dulu bangsanya retak Melayu mudah lupa Dulu bangsanya teriak Melayu mudah lupa Dulu bangsanya haprak Melayu mudah lupa Dulu bangsanya kelas dua Melayu mudah lupa Dulu bangsanya hina Melayu mudah lupa Dulu bangsanya sengketa Melayu mudah lupa Dulu bangsanya derita Melayu mudah lupa Dulu bangsanya kerdil Melayu mudah lupa Dulu bangsanya terpencil Melayu mudah lupa Tiada daulat Tiada maruah Tiada bebas Melayu mudah lupa Melayu mudah lupa Melayu mudah lupa Sejarah bangsanya yang lena Tanah lahirnya yang merekah berdarah Ingatlah Ingatlah Ingatlah Wahai bangsaku Jangan mudah lupa lagi Kerana perjuanganmu belum selesai...

Berita FIFA.COM