Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia kepada kawan-kawan dan para sahabat yang teman kenali daripada Semenanjung TANAH AIRku dari Utara, Selatan, Timur, Barat, Sarawak, Sabah, Indonesia, Filipina serta China sekian lama aku tidak bercerita sejak kebelakangan ini disebabkan kemalasan yang melampaui batas. huhuhuhu.
MARI MENGEJAR CITA-CITA.... huhu..
KOMUNIS - satu peristiwa dalam lipatan SEJARAH PERWIRA NEGARA
Aku tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara ini, cukup sekadar memberi peringatan dan berhati-hati dalam satu tindakan yang mungkin menghidupkan kembali semangat KOMUNIS di negara MALASYIA dengan cara tersembunyi. Pada kasarnya memang nampak kosong tetapi, secara halusnya ianya ternyata wujud di abad ke 2012 ini.
Kita sedia maklum, KOMUNIS merupakan ancaman utama terhadap keselamatan negara pada suatu masa dahulu. walaupun pergerakan KOMUNIS telah berjaya dilemahkan, namun meraka tetap berazam akan terus bangkit kembali dan meneruskan perjuangan secara perang saraf di dalam kalangan rakyat di negara ini melalui saluran-saluran tertentu.
SATRIA PEMBELA BANGSA
MESKIPUN NAMAMU TIDAK DIJULANG
JASAMU TIDAK DIKENANG
NAMUN KAU TAK PERNAH GUSAR
DIRIMU TIDAK DITATANG
KERANA PERJUANGANMU PENUH KERELAAN
PENGORBANANMU BERPAKSI KEIKHLASAN
DALAM MENEGAKKAN KEDAULATAN
DI BUMI WARISAN
tapi
PERCAYALAH
MASANYA KAN TIBA NANTI
KEHILANGANMU AKAN DIRASAI
BAKTIMU AKAN DIKENANG
SEBAGAI SATRIA PEMBELA NUSA
MENJADI TUGU DI PERSADA BANGSA
shamsudin Puteh
1 NOVEMBER 2012
No comments:
Post a Comment