20 June 2010

aNR TTSA Vest SCKLM

Senarai Nama Penerima Vest Adidas bagi SCKLM 2010
Adidas AdiNation Of Runners @ T.T Shah Alam


1. Mohd Imran B. Anuar - M
2. Shawaluddin Bin. Mohd Nor - M
3. Azlan Othman - M
4. Zulkipli B. Galeh - M
5. Muhammad Hafiz Bin Abd Kadir - S
6. Muhammad Shariffudin Md Saad - M
7. Asif Bin Yusoff - M
8. Muhammad Muaz Dahari - M
9. Terrence Awai - M
10. Yi Chen Seng - S
11. C Anbananthan - XL
12. Mamugelan a/l Ambalavan - S
13. Sharafi Abdullah Fauzi - L
14. Kamarul Arieffin Bin. Rosli - M
15. Mohd Syahidan B. Alias - S
16. Omar Hatta Bin Haja Amanullah - S
17. Robiyatulmunawarah Binti Md Arif - M
18. Natrah Binti Khalid - S
19. Nurulzakya Binti Abu Bakar - S
20. Muhd Huzaily B. Muhd Md Hussain - XL
21. Mohd Mahathir Abdul Rahman - M
22. Alwi B. Abdul Razak - S


Nota : 
1. Pengambilan Vest Adidas SCKLM 2010 @ Tingkat 3, Butik Adidas Garden, Mid Valley, Kuala Lumpur.
2. Tarikh: Selasa 22.6.2010 sehingga Sabtu 26.6.2010
3. Masa: 22.6.2010 (10.30am) hingga 26.6.2010 (9.00pm)
4. Sila datang awal untuk mengelakkan saiz yang dikehendaki tiada lagi stok.
5. Siapa cepat dia dapat, harap maklum
6. Sila bawa kad aNR (passport) semasa pengambilan dibuat. Serahkan kad tersebut kepada Staff Adidas yang bertugas.
7. Peserta aNR akan diberikan baucer Adidas sebanyak RM50 selepas membuat pengambilan Vest tersebut. Ianya boleh diguna pakai untuk persediaan SCKL Marathon 2010.
8. Boleh membuat tuntutan Diskaun aNR 15% serta 30% bagi yang belum membuat tuntutan. Jadi, kamu boleh mendapatkan diskaun semasa pembelian barangan Adidas tersebut mengikut Cop Kehadiran yang ada.

PERINGATAN : KEPADA YANG MENERIMA VEST TERSEBUT....

Peserta yang mengikuti acara 21km serta 42km adalah DIWAJIBKAN memakai VEST ADIDAS yang diberikan untuk acara Standard Chartered Kuala Lumpur Marathon, 27.6.2010...
Kerjasama dari pihak anda adalah amat dihargai..
Sebarang pertanyaan sila ajukan kepada saya..


Sekian,

Max Speed,
Ketua Adidas AdiNation Of Runners @ Taman Tasik Shah Alam.

07 June 2010

Makan Makan Makan

Ermmm.. ini lah akibatnya berehat terlalu lama.. busy dengan kerja, nak turun memanaskan badan da terasa malas.. apa-apa pun, aku mesti lari-lari dan terus berlari, bukan senang nak buat fitness ke tahap gila.. hahaha.. 2 minggu lepas.. setelah di timbang berat badanku telah pon mendaki ke tahap 68.4 kg.. Huh berat badan/tulang yang memberansangkan.. ingatkan kekal 66 kg.. ermmm apa boleh buat.. da makan banyak..
Sekali ku makan tiada siapa boleh tegur
Makan makan dan makan

29 May 2010

Raja Duit Syiling 2010

-50 sen - 20 sen - 10 sen - 5 sen -

Punya la tiada idea untuk teman nak berkarya pada waktu malam nie (29.5.2010).. nak keluar.. xde mood.. nak g makan-makan... xde mood.. perot pon da kenyang.. dengan berbekalkan modal gambar dwet syiling teman.. ada la serba sedikit idea-idea nak berkarya nie... punya laa payah nak susun sebegini rupa.. terpaksa meminta pertolongan dari bondaku.. serta anak buahku.. hehehee.. nie adalah dwet syiling yang teman simpam dari awal tahun Januari 2010 hingga ke hari ini... kali ke 3 teman mengumpul sebanyak ini.. dari mana datang besi-besi nikel nie.. hanya teman je yang tau.. macam mana besi-besi nikel nie boleh terkumpul sebanyak tu... don't worry.. semuanya sumber-sumber halal..

betul kata orang..

SIKIT-SIKIT LAMA-LAMA BERBUKIT-BUKIT...

Kalau bank in... mau teman nak pergi ke utara selatan timur barat dapat lah tambah-tambah modal nak merayap 1 malaysia... huuuu.. lepas laa nak beli apa-apa.. berkat usaha selama 6 bulan.. tapi rasa sayang pula nak pergi tukar ke bank jadikan dwet kertas.. hahaha.. bukan senang nak kumpul balik.. mau makan masa setengah tahun.. so.. tamat laa karya teman pada malam ini... sekian.. terima kasih..

18 May 2010

Misi Sukses.. Mr K

Selamat Ulang Tahun yang ke 29 kepada brother kita.. En Kamarul Arieffin.. Semoga di murahkan rezeki dan d panjangkan umur nya... nie abang angkat aku no2.. blog teman pada kali ini hanya laa untuk MR K... tarikh ulang tahun Mr K adalah pada 1.5.1981.. hari pekerja Malaysia.. ingat tu... sambutan telah d buat @ Restoran KFC di Seksyen 13 bersama-sama rakan-rakan seperjuangan... Luvis, Shah, Max, Master, Shah Dean, Cik Rubi dan Lan (x dapat hadir, kerja)... Huh.. dia pikiaq da terlepas dari hukuman dari kawan2.. tetapi Mr K silap.. perancang telah di teliti dari awal hingga laa pada hari aNR iaitu 12.5.2010..  saksikan detik2 Mr K kene serang daripada Mr Max... terima kasih di atas kerjasama dari komplot2 teman demi menjayakan misi kali ini... kah kah kah kah....

Cehhhh... senyum kambing.. detik permulaan.. menkhayalkan mangsa..
Huh.. gelak-gelak.. masa nie belum lagi sesuai...
Mangsa di perangkap.. bahan-bahan telah pon di pindahkan..
Awassss.. 1.. 2...3...
Boleh pula dia buat cerita Nasi Kandar P.Pinang..
Pot pet.. pot pet.. banyak cerita tiada guna.. Nah ko.. ambik ko..
Ingat terlepas pandang ku walau sesaat.. telah membawa musibah...
Mr K.. menangis.. kenang nasib kasut Mi Shoes.. baru lagi nie..
Jembalang tepung Cap Sauh.. dia yang audit kilang nie.. tapi dah makan Tuan...
Misi ku berjaya.. Hepi besday bro..
Woi.. pakai make up pon.. x reti-reti lagi ke.. hahahaha
Puas hati teman...
Dia yang audit.. dia yang terkene balik... jangan mara yer bro...

Kawan-kawan.. masa program aNR da selesai pada waktu petang tu.. dia asyik tenung je teman kemana... hehehe.. konon-konon standby nak larikan diri la tu... hehehee.. tapi dia silap.. bagi teman.. semua misi.. mesti boleh di jayakan... hahaha.. teman ke sana.. ke sini.. dia tengok je teman buat apa.. haha.. penakot juga Mr K nie... ingatkan nak tabur time sesi bergambar... tapi apa kan daya.. setelah En Radhi dok pot pet pot pet pasal Nasi Kandar P.Pinang dengan Mr K.. masa itu laa .. Mr K.. membelakangi teman... tanpa banyak soal.. tepung pon dah berada betol-betol di sebelah... apa lagi.. PReenngGGGG pon bermula.. Mr K.. da macam serah diri.. hahahaahha.. x boleh berkata-kata lagi.. sabar tu separuh daripada iman.... hahaahhahaha..

Last-last.. teman pon kene balik... hahahaha.. tu biasa laa.. pandai bikin.. pandai tangung ler.. payah juga cuci tepung bilaa da terkene baju basah... huuuuuu.... Akhir kata..  jangan marah yer... kekeekeke

SELAMAT ULANGTAHUN KE 29.... Mr K..

yang benar,
-Dak Kecik-

!!! AMARAN KERAS !!!
 <<< JANGAN CUBA SESEKALI PRENG DAK KECIK>>>>
KELAK MEMBAWA MUSIBAH YANG TIDAK DIJANGKA
BAKAL MENJELMA
HOHOHOHOHOHOHOHOHOHO

Pharmaton & Susu HL Marigold

Kiri Multi Vitamin Pharmaton
Tengah Susu HL Marigold Perisa Cokelat
Kanan Susu HL Marigold Perisa Susu

apa yang teman hendak ceritakan adalah tentang pemakanan teman setiap kali,
tamatnya sesi latihan serta berakhirnya sesuatu acara.
Teman mencadangkan susu ini amat sesuai diminum bagi golongan yang aktif atau hantu sukan, lagi-lagi yang sertai acara larian jarak jauh, kadungan nutrisi amatlah sempurna serta lengkap.
Harga amat berpatutan, kat kedai biasa agak mahal sedikit, tapi kat pasaraya Tesco hanya RM4.50 Sahaja.
So terpulang ler pada korang nak g kedai atau pasaraya, lain tempat lain harga. Tentang harga Pharmaton tu, agak mahal.. nak dapat kat mana senang aje.. pergi jer cari mana-mana farmasi yang terdekat, mesti ada punya.. ada yang jual sebiji, kat seksyen 17, Shah Alam ada sebuah farmasi yang menjual sebiji.. harganya RM1.00 setiap butir.. Kalau was-was xper.. teman sekadar berkongsi maklumat pemakanan teman.. ok.
Selamat merasai kelainan susu HL Marigold serta Vitamin Pharmaton

Berita FIFA.COM