11 November 2009

MASALAH MASALAH MASALAH

Kepada rakan-rakan yang mengenali dan mengetahui no telephone aku...
Pertolongan anda amat di perlukan buat masa ini...
Tolong hantar pesanan khidmat ringkas kepada aku..
Sertakan nama sekali... dan tempat tinggal korang semua...

Untuk memudahkan aku menyusun nama-nama dalam Contact List..
Sebabnya..
Telepon bimbit aku telah di formatkan balik..
So secara automatik.. ramai nombor kenalan terdelete secara kekal...
Lupa nak save di dalam SIM KAD...
Adoihai... kene setting balik...

yang benar,
ayamJr CAR 39
-
Latihan NB12km (Hari Pertama) 10-11-2009
3.7km (00:17:12) huh kali pertama dalam 5 hari berehat penuh
100 meter x 9 = set1 (00'11) set2 (00'12) set3 (00'13) set 4 (00'13) set 5 (00'15) set6 (00'16) set7 (00'13) set8 (00'13) set9 (00'13)

10 November 2009

Lawak & Gelak Ketawa

GUA AJAIB

Pada satu hari Bedah dan bapanya datang ke Kuala Lumpur dan pergi ke shopping mall... Anak beranak nie baru first time datang Kuala Lumpur, sebelum nie asyik dok memerap kat kampung...
Jalan punya jalan, akhirnya Bedah terpandang lif, lalu dia pun tanyalah bapak dia....
" Pak, itu amenda pak?"
Bapak menjawab," Entah lah nak....bapak pun baru kali ini nampak menatang tuh...."
Tak lama lepas tu seorang nyonya tua terbongkok-bongkok, tergigil-tergigil pergi ke dinding dan menekan butang lif tersebut.....lif pun terbuka lalu nyonya masuk ke dalam lif dan lif tertutup.....tidak lama kemudian lif terbuka...TINGGGG!!!!!
Keluarlah seorang amoi yang punyalah cun cam SHANIA TWAIN...
lantas berkatalah bapak si bedah kepada Bedah...

"NAK! KAU PERGI AMBIK EMAK KAMU BAWAK KEMARI,
KITA MASUKKAN DIA DALAM GUA AJAIB NIH....CEPAT


TOKEY KEDAI

Satu hari... sebuah gedung mengadakan jualan murah.. berpusu-pusu orang ramai ingin memasuki gedung tersebut... sehingga ada yang beratur seawal2nya... walaupun gedung tersebut dibuka pada waktu 8.30pg.

Seorang lelaki dengan selambanya berjalan menuju ke depan... malangnya sebelum sempat sampai... tiba-tiba seorang lelaki didepannya menolaknya kebelakang sambil memarahi...

"woi..tak nampak ke orang !! jerkahnya..

"Sedap..Sedap jer nak potong line orang.. "...

Lelaki tersebut bangun semula..dan cuba menuju kedepan semula.. malangnya dia ditumbuk sehingga terjatuh... setelah beberapa kali mencuba utk kebarisan depan... tapi tak berjaya... akhirnya dengan nada marah.. dia berkata...

"Ahhhhh kalau kali nie aku tak dapat gak kedepan sana... jangan harap aku nak bukakan kedai tu..!!"

Laaaaaaaaaa... Tokey kedai rupanyer... hehehe
kesian dia kan????

DALAM KELAS 1

Che'gu Nasyor sedang mengajar Bahasa Melayu dalam kelas 1 Mawar...
Che'gu :Man, boleh kamu buat ayat dengan menggunakan perkataan tepong?
Man :Itu senang saja cikgu.. ayatnya ialah.... emak sedang membuat kek di dapur.
Che'gu :Mana tepungnya??
Man :Tepong kan ke dalam kek tu.... Che'gu nie tak sekolah ke hape??


DALAM KELAS 2

Seperti biasa, Che'gu Nasyor nie mengajar pelajar di Sekolah Agama. Che'gu Nasyor mengajar budak tahun satu. Pada hari tersebut, beliau mengajar bab "cara berwudhuk" Selepas mengajar, beliau (Che'gu) selalu meminta muridnya bertanyakan soalan jika terdapat kemusykilan.
Che'gu : Ada sesiapa hendak bertanyakan soalan?

Tiba² seorang anak muridnye mengangkat tangan, nama murid tu adalah Man Tapah.

Man : Ada Che'gu. saya ada satu kemusykilan. Boleh tak kita ambil wudhuk dua kali?
Che'gu : Boleh, tapi kenapa sampai dua kali ambil wudhuk?
Man : Saya ambil dua kali sebab kalau saya terkentut, wudhuk lagi satu tu boleh buat spare part!

Che'gu : Allahhuakbarr!!!


WAD

Ada sorang makcik kelantan nih, dia mai HKL nak carik sedara dia eksiden. Sampai kat HKL dia tanya la sorang nurse kat situ...dalam loghat kelantan la.
"nak tupe tanyo, mana dio wad kecemase"
Nurse tu selamba jer jawab...
"wad kencing masam takde....wad kencing manis ader la"..



HAHAAHAHA... STORY NIE HANYA REKAAN SEMATA-MATA
SEKADAR HIBURAN BERSAMA...
TIADA KAITAN DENGAN MANA-MANA PIHAK..
SEKIAN...!!!

09 November 2009

FARTLEK FARTLEK NB12km 2009

Tik Tik Tik seminggu sudah pun berlalu.. latihan kali ini hanya ala kadar sahaja.. tetapi keras... hehe macam mana agak-agak tue... dengan latihan fatlek yang aku amalkan.. target aku untuk menambah pace aku ke tahap lebih baik.. STRENGTH ADALAH SASARAN AKU KALI INI.. NB12km laluan agak rata... so aku boleh menguji lari sejauh mana latihan FATLEK yang aku buat selama seminggu... ADAKAH BERKESAN..??? (YA/TIDAK) Tunggu keputusan NB12km2009 KLANG..
-
PETIKAN DARI ARTIKEL OLAHRAGA..(main rembat je)
....Pertama latihan fartlek, yakni latihan untuk meningkatkan daya tahan (endurance) dan daya tahan kekuatan (strength endurance). Lalu latihan interval, yakni latihan selang istirahat (lari cepat diselingi dengan joging atau jalan cepat).......

The Definition of Fartlek (VERSI MAT SALLEH)
Derived from the Swedish term that means ‘Speed Play’, fartlek can provide an excellent endurance and strength session, as well as help improve your speed and race awareness. Fart=speed and lek=play

The use of 'fartlek' came about to provide a less structured approach to that of interval training. Its origins and use were developed in the 1930's. Whereas, in interval training the structure prescribes a given distance run in a given time with a given rest, fartlek's approach is to have you run at a given time, 2 minutes for example over undulating terrain or flat wherever your run may take you. The effort prescribed can be at 10k race pace to whatever speed you wish to make your effort. The rest in-between is normally at an easy pace to allow recovery before the next effort.

The intensity, duration and terrain is determined by the runner. Fartlek can be used on all terrains, even on a track surface.

The session is known to stress both the aerobic and anaerobic energy pathways. Fartlek has grown into a popular method of training used by runners to provide an enjoyable and constructive alternative to simply pounding the streets with no purpose and plan.
Fartlek - speed play, is essentially a training session that comprises some speed [effort] change and at the same time as enjoying the session. It is similar but unlike interval training. Interval training is more disciplined and precise in it's training goal. Fartlek is not as demanding and can be incorporated to suit one's needs. http://www.time-to-run.com/
Bersama-sama kita berkongsi idea..!!!

06 November 2009

Bergelak Ketawa & Uji Minda

INI SOALAN NYA............!!!!!!!!
JAWAB jangan x jawab.............!!!!!!!!
Nota : Tiada ganjaran medal, hadiah, wang tunai..!!!!
Hanya sekadar SUKA-SUKA SAHAJA...!!!!
Jeng Jeng Jeng Jengggggg..................!!!!!!!!!

Soalan 1 : Apa dia ayam di luar, ikan di dalam?

Soalan 2 : Klau semua binatang jadi ikan, ikan jadi apa?

Soalan 3 : Lembu apakah yang selalu dicari?

Soalan 4 : Bom apakah yang tak pernah meletup?

Soalan 5 : Kereta apa yang orang tak pernah panggil kereta?

Soalan 6 : Gajah lalu titi patah, lepas tu kambing pula lalu. Apa yang patah pulak?

Soalan 7 : Lima pasang stokin direndam di dalam laut merah. Setiap pasang stokin itu berwarna putih, hijau, biru, kuning dan hitam. Apa akan terjadi kepada semua stokin?

Soalan 8 :Dalam banyak-banyak cecair, cecair apakah yang akan menjadi beku apabila dipanaskan?

Soalan 9 : Apabila ditarik yang diatas gembira dan yang dibawah merana. Apakah ia?

Soalan 10 : Bila loceng bas ditekan, bas akan berhenti. Apa yang akan turun dahulu?

Soalan 11 : Apa beza jatuh pokok kelapa dengan jatuh perigi?

Soalan 12 : Lampu apa yang kalau dipecahkan keluar orangnya?

Soalan 13 : Mengapa guru sejarah selalu botak di bahagian belakang kepala, sedangkan professor dibahagian depan?

Soalan 14 : Apakah benar kita bakal sial jika jumpa dengan kucing hitam?

Soalan 15 : Kalau manusia panjat pokok nampak bukit, kalau kura-kura panjat pokok nampak apa?

Soalan 16 : Bila makan pisang, buang kulit, tapi kalau makan kulit, buang apa?

Soalan 17 : Ada seorang wanita yang sarat mengandung dan nak bersalin, lalu suaminya dia bawa isteri itu ke hospital. Dia melalui ladang kopi dan lombong timah. Lepas anak dia dilahirkan, dinamakan Fatimah. Kenapa?

Soalan 18 : Mula-mula aku buka baju, lepas tu aku sapu bedak setelah disapu aku pon terjun tasik lalu aku mandi setelah selesai mandi, aku pon naik dari tasik. Siapakah aku?

Soalan 19 : Haiwan apakah perutnya di kepala, kakinay dikepala, bahkan mata dan mulutnya juga dikepala?

Soalan 20 : Haiwan apakah yang paling kurang ajar?

Soalan 21 : Kenapa pokok kayu balak di depan rumah Pok Cik Lebai ditebang?

Soalan 22 : Ia sejenis benda, nampak macam jalan tetapi ia tidak pula berjalan, kalau ditengok betul-betul.... memang sah ia jalan!!!

Soalan 23 : Apa benda jatuh kebawah tapi orang tercari-cari diatas?
-
Kesemua jawapan bagi soalan-soalan berikut boleh di hantar pada kotak komen.....
-
Jangan lupa hantar bersama-sama dengan link anda.. ini kerana pihak kami tidak akan mengalami kesukaran untuk menghantar jawapan terus-menerus kepada anda... tanpa caj... hehehehee
-
Sekiranya ada sebarang masalah.. boleh menghubungi pihak kami di laman borak-borak...
-
OK Sekian,
-
SELAMAT MENCOBA DAN BERGELAK KETAWA


04 November 2009

JOM BELASAH COKELAT CADBURY



Kepada sesiapa di sini hantu cokelat..
Boleh menghadirkan diri di sesi Jualan Gudang Cadbury..
Info boleh dilihat pada gambar tersebut..
Sekian.!

Berita FIFA.COM